Wednesday, 5 December 2012

contoh surat rasmi :)


Siti Nur Zulaikha Binti Yahaya,
Sarjana Muda Pengurusan Pemasaran,
Universiti Malaysia Terengganu,
Kuala Terengganu,
TERENGGANU.


Sarjan Zulkamal,
Jurulatih,
Pasukan Askar Wataniah,
Universiti Malaysia Terengganu,
Kuala Terenganu,
TERENGGANU.                                                                                        5 DISEMBER 2012


Tuan,
SEBAB KETIDAKHADIRAN AKTIVITI
Merujuk perkara di atas, Saya, 6225362  PM Siti Nur Zulaikha Binti Yahaya ingin menyatakan sebab-sebab ketidakhadiran latihan sepanjang aktiviti yang telah diadakan.
2. Untuk pengetahuan tuan, seingat saya,  latihan dan kelas pada hari sabtu,saya gagal menghadirkan diri sebanyak dua kali. Antara sebab saya tidak hadir, yang terbaru, 1 DISEMBER 2012 lalu kerana saya perlu menghadiri kelas ganti. Wakil daripada kelas saya telah menghantar surat kepada pihak tuan. Yang berikutnya,adalah kerana saya pulang ke kampung diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

3. Disini secara peribadinya,saya memohon sekali lagi kemaafan dari pihak tuan. Sekiranya pihak tuan ada berkecil hati dengan tingkah laku saya sepanjang latihan,sekali lagi saya memohon maaf. Saya berjanji perkara ini tidak akan berlaku lagi. Saya memohon maaf  kepada pihak tuan, kerana kurang memberi komitmen.
4. Besarlah harapan saya sekiranya pihak tuan dapat menimbangkan segala  sebab ketidakhadiran saya.
Keperihatinan pihak tuan saya dahulukan dengan terima kasih.
Yang benar,


-------------------------------------------

(6225362  PM Siti Nur Zulaikha Binti Yahaya)



                                                                                               

No comments:

Post a Comment